Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~ Petua Cantik Cara Tradisional ~






Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

Cantik pada pandangan saya ialah sesuatu yang menarik hati & perasaan untuk sentiasa melihatnya dan juga tanpa rasa jemu...saya yakin setiap insan dlm dunia ini sangat menyukai kecantikan..betulkan?? Yang ingin saya tekankan di sini adalah cantik itu satu perkataan yang menjadi keutamaan dalam diri wanita...Ya, saya sgt2 setuju kerana cantik & wanita bagaikan isi dengan kuku...Ini kerana kaum wanita @ hawa sanggup menghabiskan duit mereka untuk mendapatkan bentuk badan @ paras rupa yang menawan & sentiasa berseri-seri..Pada zaman yang kian pesat ini, pelbagai cara untuk kita kelihatan cantik seperti teknologi moden yang sering digunakan untuk mencantikkan diri secara dalaman @ luaran...Terujakan??

Tapi ingat ye kaum hawa jangan sampai membazir duit kita tu kerana terlampau mengejar keduniaan, cukuplah sekadar bersederhana sahaja...Xsalah untuk kelihatan cantik, tetapi jangan smpai tertipu n ditipu...Banyak kes-kes yang berlaku pd hari ni kn...smpaikan boleh membawa maut dek kerana ingin kurus dan sebagainya...Hrp2 kita semua dijauhkan dr perkara-perkara yang tidak diingini...

Sebenarnya, petua zaman dulu-dulu yang bukan sahaja menjimatkan wang tetapi mampu mencantikkan dalaman & luaran sekaligus...Percaya @ tidak??Tepuk dada tanya hati...:)

Saya sebagai seorang wanita, tentulah mahu sentiasa kelihatan cantik...Ada yg memberi pendapat cukuplah sekadar kita mengambil wuduk boleh menaikkan seri wajah kita secara semulajadi..itu salah satu kelebihan untuk umat islam seperti kita kn..

Mengikut pengalaman saya..ni kisah lama...saya pernah mengamalkan petua-petua dulu...ni gara-gara mahu langsing la ni...hehehe...saya pernah minum air asam jawa + perahan limau nipis untuk menurunkan berat badan...ternyata sangat berkesan...tapi tula bila dh terase kurus terus berhenti...huhuhu....Kawan2 blehla mencubanya...:) Tapi tula hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...InsyaAllah kalau kita bersungguh2 pasti akan mendatangkan hasil...Asalkan apa yang kita lakukan tidak mendatangkan
mudarat & masalah...


Saya inginlah berkongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan sekaligus menjimatkan budget kita..Petua - petuanya adalah:
  • Untuk menegangkan kulit muka, kita hanya perlu menggunakan putih telur yang disapu di muka...Cara ini umpama masker...Bintik2 hitam pun boleh berkurangan..
  • Untuk menghaluskan kulit, kita boleh mengamalkan minum air perahan epal, tomato & oren setiap hari...
  • Lendir daun bunga raya & lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.
  • Serbuk beras pulit @ beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut serta boleh memutihkan kulit wajah & badan.
  • Yang terakhir, amalkan makan makanan berulam untuk mengekalkan kejelitaan..Macam2 ulam yang kita boleh makan seperti daun cekur, ulam raja, daun selom, peria, dan banyak lagi yang boleh dijadikan santapan harian dalam menu kita.



Bingkisan Hati~~~~>
JAUH itu ada jarak yang terpisah,
JAUH itu ada rung yang memisah,
JAUH itu dua insan yang terpisah,
JAUH itu dua hati yang dipisah,
Namun JAUH itu ada rindu yang tak sudah...


Coretan Cik Ayu~~~>Sangat2 mengharapkan kehadiran 'si dia' disisi...Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan dari-Mu ya Allah...

Kalau Like Silalah Klik...:)

0 comments:

Post a Comment