Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Andainya Wanita Tahu....:)


o Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

o Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

o Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

o Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

o Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

o Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

o Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

o Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

o Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

o Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

o Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

o Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

oBetapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

o Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

o Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

o Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

o Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

o Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Kalau Like Silalah Klik...:)

DO ENJOY THE POEM...



Never say I love you

If you don't really care

Never talk of feelings

If they aren't really there

Never hold my hand

If you mean to break my heart

Never say forever

If you ever plan to part

Never look into my eyes

If you are telling me a lie

Never say hello

If you think you'll say goodbye

Never say that I'm THE one

If you dream of more than me

Never lock up my heart

If you don't have the key

Kalau Like Silalah Klik...:)

Ayuh, Rasakan Kelazatan Persaudaraan


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." (HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim )

Sahabat...

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang di antara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu,manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...

Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Sahabat...

Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahua’lam.

Yesterday is history,

Tomorrow's a mystery,

Today's a gift,

That's why we call it the Present.

"Each day I wake in gratitude.

Thanking Allah,

He let me rise

And To Him I only

Seek His assistance."

Kalau Like Silalah Klik...:)

Sekadar Lawak...



  • Anak kembar
Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu itu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.

  • Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

  • Nak Kaya?
Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik.
"Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu.
"Melaka," Kata Taufik.
"Turunkan pakcik di Muar sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu.
"Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor.
"Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik
"Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"
"Tak apa,pakcik. Terima kasih."
Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....

  • Telur dan Wang
Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi dia tidak pernah ada bukti.
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik .
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali abang ada kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang," katanya.
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik.
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur itu dan duitnya abang simpan dalam kotak ini," katanya


Kalau Like Silalah Klik...:)

Petua Memberikan Tumpuan Dalam Kelas


Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.

Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.

Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Wanita....


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Kalau Like Silalah Klik...:)

Mutiara Muhasabah Untuk Direnungi



  • Pengalaman satu nostalgia. Nostalgia jadi memory. Memory hanya kenangan. Kenangan tetap diingatan.

  • Pengalaman masa lalu adalah pengajaran hari esoknya.

  • Semalam telah berlalu hari ini kita tempuhi. Namun esok masih belum pasti. Bersedialah untuk esok!

  • Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.

  • Sepi itu indah, Rindu itu parah oleh itu hidup mesti tabah.

  • Dalam kehidupan sehari-hari kita kadang-kadang tertipu dengan sikap dan nilai (lakonan) seseorang. Awasilah fenomena ini!

  • Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, tetapi agama mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

  • Relakan perpisahan dan pertemuan kerana ia mengiringi setiap detik kehidupan.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Madah Ilmu




  • Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir dipimpin oleh jiwa hasil fikirannya bak mutiara.

  • Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

  • Tiga perkara yang orang tidak puas puas memburunya, ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

  • Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, kedua duanya adalah untuk menegak kebenaran, bukan untuk cari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.

  • Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya disisi Allah dan manusia.

  • Ilmu yang memberi menafaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.

  • Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, jikalau diberikan pada orang lain ia akan bertambah, tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

  • Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, begitulah orang yang berilmu, apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.

  • Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.

  • Biar sedikit cakap banyak amalan, biar sedikit berbincang tetapi membuahkan sepakatan, biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

  • Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa atau hati ialah iman, buah fizikal ialah kemajuan, alangkah indahnya kalau ketiga tiga ini melahirkan buah dalam kehidupan.

  • Alim lisan pandai bercakap tidak berbakti, alim hati kurang bercakap banyak berbakti, alim lisan dan hati bercakap dan beramal sama selari.

*Tuntutlah ilmu hatta ke negeri China sekalipun. Jadilah diri kita insan yang berilmu..Wallahu'alam..

Kalau Like Silalah Klik...:)