Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~ Lets Go To The Zoo ~

Assalamualaikum semua....

Pada mnggu yg lalu, ayu, my sis, n anak2 sedare tlh pergi ke Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman yg terletak di Ibok...Perjalanan dr Kg Batu 4 Binjai memakan mase lebih kurang 20 minit camtula...riuh se'innova'..maklumla anak2 sedare i ramai lelaki....faham2jela kan...huhuhu....Sampai2 je terus posing...hihihi...xramai sgt org mase kami pergi aritu..maybe tengahari....kuang2...Tiket masuk dewasa-RM10, tiket kanak2 6thn ke ats-RM7...mujurla ank sedare i tu bwh 6thn ramai, jimat fulus kakak i tu...hehehe...credit to my sister, Kak Zia becoz belanje kami....:) Sampai2 terus anak sedare i yg seorang tu ckp "ala, burungjer?? burung membosankan" hahaha blum masuk lg dh ckp camtu...seorang lg lak tnye "zirafah, gajah xde ke?? hahaha...ni bknlah zoo negara nk byk2 binatang... lawak btulla depe2 ni...

Mule2 kami tgk ikan 'Arowana'..Subhanallah besar sgt2...pastu kami tgk bangau yg bergaduh ngn sang kambing hitam...ala..gaduh2 manja kot...pastu kami naik jambatan gantung sambil tgk angsa, ayam belanda yg bising berbunyi....klork2(camtula bunyinyer) Yg bestnye anak sedareku 'Fatimah, Echa, Aiman takut nk naik jambatan gantung pd mulenye...tp2 lame2 br ok...alahai nsb baik xngsje...seronokla i duk usik2..huhuhu...pastu tgk beruang siap diri2 lg beruang tu....harimaupun ade tp nmpak dr jauhje sbb harimau xnk turun bawah...kami tgk buaya, kura2, ular sawa dn mcm2 lg...sgt menyeronokkan!!!!




...cantik kn pokok ni???:)...

...sangkar burung merak...

...Jambatan Gantung...



...dalam 'train' yg sgt cute yg membawa kami...


...amboii, bergaya sungguh fatehni!!!!...







Bingkisan Hati~~~>
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan, masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.




Coretan Miss Ayu~~~> Menghitung hari untuk menghadapi interview j-Qaf...Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan murahkanlah rezeki kami semua....luse akan bertolak ke kuala terengganu....hatiku sudah berdebar2...takootttttt....huhuhu










Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Salam Ma'al Hijrah ~


Selamat Datang Tahun Islam 1423 Hijrah....


Satu Muharam detik permulaan,

Perkiraan tahun islam hijrah,

Perpindahan nabi & umat islam,

Dari kota Mekah ke kota Madinah.....



Sempena tahun Islam Hijrah ini,marilah kita sama2 muhasabah diri kita ke arah yg lebih baik...Kita perlu ingat xde seorang manusia yg sempurna dn kita insan yg lemah..tp kita bleh mngubah hidup kite ke arah yg lebih baik...yg penting jgn mudah putus asa, sentiasa berfikiran positif, kuatkan smngat, sabar dan sentiasa redha...Kita juga perlu tahu bahawa ujian drpd Allah adalah untuk menguji sjauh mane kesabaran, kekuatan diri kita menghadapinya...jgn mudah mengalah dan mnyesal...


Hijrah itu satu perjuangan, Hijrah itu satu pengorbanan....






Bingkisan Hati~~~>

Peliknya cinta...walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit...





Coretan Miss Ayu~~~> InsyaAllah akan aku ubah diriku ke arah yg lebih baik & sentiasa cuba membahagiakan orang disekelilingku....Xde yg mustahil dlm dunia ni..yg penting jgn mdh pts asa, sntiasa berusaha...Chayok2!!!!!!! Aku sayang semuanya......:))

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Anugerah Allah ~

..Aisyatul Faqihah Zahra..
..Muhammad Amsyar..

Alhamdulillah thn 2010, Allah telah memberi rezeki kpd keluarga kami dgn kelahiran 3 org bayi...2 org bayi lelaki & seorg bayi perempuan...baby boy yg diberi nama Muhammad Amsyar B. Mohd Taufik & seorang lagi diberi nama Muhammad Al-Hakeem B. Zulkiflli & seorang puteri yang diberi nama Aisyatul Faqihah Zahra Bt. Ahmad Azani....

Semua bayi dlm keadaan sihat walafiat & comey2 belaka....hihihi....

Nak tahu x knapa nama baby girl tu panjang sgt?? huhuhu..ade cte disebalik nama tu...my mum nk sgt nama zahra tu...n my sister nk nama faqihah n her mother in law nk nama aisyatul...so utk tdk mngecewakan sume pihak husband my sister ltk sume nama tu jdla "Aisyatul Faqihah Zahra"..kesian suami die nt nk myebut pnjang2...hehehe..lucu tul la..tp mmpunyai maksud yg baik....tu yg penting...
Kat sini perlu diingatkan bahawa dlm pemilihan nama anak, mestila mmpunyai maksud yg baik n sesuai ngn agama kita, agama islam...


*baby hakeem xde gmbar....






Bingkisan Hati~~~> Cinta yg disemadikan tdk mgkin layu selagi adanya imbas kembali..Hati yg remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..Parut yg lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...



Coretan Miss Ayu~~~> Tiba2 berangan cari nama anak sendiri...kihkih....still selsema + batuk...uhukuhukuhuk...

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Kwn Baikku Dah Kawen ~



Alhamdulillah kwn baikku 'Nor Zaihan dan pasangannya Shah' sudah selamat disatukan dlm majlis yg cukup sederhana tp meriah pd 26/27 November 2010...Tahniah!!!!!! Aku doakan kalian sentiasa dirahmati Allah, berbahagia hingga akhir hayat dn memperoleh zuriat yg soleh & solehah...

Buat Zaihan, aku bersyukur kerana persahabatan kita kekal sampai arini...aku bertuah memilikimu sebagai teman rapatku..terima kasih han mnjadi temanku..kau pinjamkan bahumu tuk aku menangis, mndgr luahan hati & masalahku...aku gembira melihatmu bahagia bersama org yg tersayang...aku doakan kebahagiaan itu terus menjadi milikmu....

'Azaima' forever..:))
....Ain, Ayu, Nirma & Zaihan.....



Coretan Miss Ayu~~ merindui waktu persekolahan dlu..saat2 kita bersame...huhuhu


Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Alahai...Beruntungnya Menjadi Seorang Isteri ~

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia'.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis....Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

** Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


Sumber: www.petua.org

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Kekanda Adinda ~

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

video

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ MteSt ohh MteSt ~


Alhamdulillah aku akan menghadapi ujian MteST untuk KPLI-JQAF ( Bahasa Arab )....ni baru langkah pertama...xtahulah camne kn...hope okla soalan2 yg perlu aku jwb nnti...tbe2 rse cuak..yela lame xstdy n nk exam lak tu...huhuhu
Tahniah jugak buat kwn2 yg akn same2 menghadapi ujian MteST pd hari Sabtu ni...Aku doakan yang terbaik untuk kita semua...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...
Aku xtau nk mulakan stdy camne...huhuhu,,,,Mengikut pengalaman kakak ku xperlula terlalu lurus dlm menjawab soalan nt, yang jawapan xlogiktu tulah jawapannyer...aii bleh lak cmtu..tp kakak ku sdh 4 kali kot ambik ujian MteST tu...barula ade rezeki masuk KPLI....ermmm ntahla...papepun aku sgtla berdebar2 n risau nk menghadapi exam nt....stdy tetap kena stdy ni....chayok2 semangat Ayu...hehehe
Aku cme mampu berusaha & bertawakal kpd Allah...
Syukur jugak venue untuk ujian tu di Sek Men Teknik Kemaman...yelah sgtla dekat, bleh dikatakan sebelah umahku je...hihihi. klako je rse....

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Amalan Di Bulan Zulhijjah ~

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah kita dh menghampiri Bulan Zulhijjah...dan bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah nanti...

Terdapat beberapa amalan yang boleh kita lakukan sepanjang Bulan Zulhijjah..Antaranya:-


v 1-8hb~~>

Sunat Berpuasa

v 8hb~~>

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

v 9hb~~>

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat di Arafah

Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji

Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

v 10hb (Hari Raya Haji)~~>

Solat Sunat Aidiladha

Membaca Takbir

Melakukan ibadah korban/ sedekah

v 11-13hb (Hari Tasyrik)~~>

Hidupkan malam dengan banyak beribadat

Takbir selepas setiap waktu solat fardu

v 30hb~~>

Membaca doa akhir tahun Hijrah

Membaca doa awal tahun Hijrah






Bingkisan Hati~~~> Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah disisi Allah, tetapi Allah kuatkan dia disisi manusia. Berjuang demi Allah. Bahagia hati walaupun payah kerana itulah jalan ke Syurga....

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Petua Cantik Cara Tradisional ~






Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

Cantik pada pandangan saya ialah sesuatu yang menarik hati & perasaan untuk sentiasa melihatnya dan juga tanpa rasa jemu...saya yakin setiap insan dlm dunia ini sangat menyukai kecantikan..betulkan?? Yang ingin saya tekankan di sini adalah cantik itu satu perkataan yang menjadi keutamaan dalam diri wanita...Ya, saya sgt2 setuju kerana cantik & wanita bagaikan isi dengan kuku...Ini kerana kaum wanita @ hawa sanggup menghabiskan duit mereka untuk mendapatkan bentuk badan @ paras rupa yang menawan & sentiasa berseri-seri..Pada zaman yang kian pesat ini, pelbagai cara untuk kita kelihatan cantik seperti teknologi moden yang sering digunakan untuk mencantikkan diri secara dalaman @ luaran...Terujakan??

Tapi ingat ye kaum hawa jangan sampai membazir duit kita tu kerana terlampau mengejar keduniaan, cukuplah sekadar bersederhana sahaja...Xsalah untuk kelihatan cantik, tetapi jangan smpai tertipu n ditipu...Banyak kes-kes yang berlaku pd hari ni kn...smpaikan boleh membawa maut dek kerana ingin kurus dan sebagainya...Hrp2 kita semua dijauhkan dr perkara-perkara yang tidak diingini...

Sebenarnya, petua zaman dulu-dulu yang bukan sahaja menjimatkan wang tetapi mampu mencantikkan dalaman & luaran sekaligus...Percaya @ tidak??Tepuk dada tanya hati...:)

Saya sebagai seorang wanita, tentulah mahu sentiasa kelihatan cantik...Ada yg memberi pendapat cukuplah sekadar kita mengambil wuduk boleh menaikkan seri wajah kita secara semulajadi..itu salah satu kelebihan untuk umat islam seperti kita kn..

Mengikut pengalaman saya..ni kisah lama...saya pernah mengamalkan petua-petua dulu...ni gara-gara mahu langsing la ni...hehehe...saya pernah minum air asam jawa + perahan limau nipis untuk menurunkan berat badan...ternyata sangat berkesan...tapi tula bila dh terase kurus terus berhenti...huhuhu....Kawan2 blehla mencubanya...:) Tapi tula hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...InsyaAllah kalau kita bersungguh2 pasti akan mendatangkan hasil...Asalkan apa yang kita lakukan tidak mendatangkan
mudarat & masalah...


Saya inginlah berkongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan sekaligus menjimatkan budget kita..Petua - petuanya adalah:
  • Untuk menegangkan kulit muka, kita hanya perlu menggunakan putih telur yang disapu di muka...Cara ini umpama masker...Bintik2 hitam pun boleh berkurangan..
  • Untuk menghaluskan kulit, kita boleh mengamalkan minum air perahan epal, tomato & oren setiap hari...
  • Lendir daun bunga raya & lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.
  • Serbuk beras pulit @ beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut serta boleh memutihkan kulit wajah & badan.
  • Yang terakhir, amalkan makan makanan berulam untuk mengekalkan kejelitaan..Macam2 ulam yang kita boleh makan seperti daun cekur, ulam raja, daun selom, peria, dan banyak lagi yang boleh dijadikan santapan harian dalam menu kita.



Bingkisan Hati~~~~>
JAUH itu ada jarak yang terpisah,
JAUH itu ada rung yang memisah,
JAUH itu dua insan yang terpisah,
JAUH itu dua hati yang dipisah,
Namun JAUH itu ada rindu yang tak sudah...


Coretan Cik Ayu~~~>Sangat2 mengharapkan kehadiran 'si dia' disisi...Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan dari-Mu ya Allah...

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Maafkan Kesalahanku ~

Mengapakah selama ini
Tiada ku mengerti
Mengapakah selama ini
Kau ku hindari

Oh... sayang
Oh... mengapa dulu tidak ku tahu
Sucinya cintamu pada diriku
Oh... mengapa
Kubiarkan engkau tersiksa

Sayang... maafkanlah daku

Merata ku cari kekasih
Namun ku tak jumpa
Mereka hanya pura-pura
Ku terpedaya

Kini ku tahu
Hanya engkau yang menyinta
Oh... selama ini
Ku permainkan dirimu
Maafkanlah kesalahanku

Dapatkah dikau
Menerima daku kini
Setelah engkau
Ku abaikan dulu
Oh...

Ku 'kan setia pada dirimu
Buat selamanya
Oh sayangku... terimalah daku

Jika kau ingin ku berubah
Akan ku lakukan
Jika kau ingin ku bersama
Akan ku lakukan

Oh... sayang
Kini ku tahu
Hanya engkau yang menyinta


by Flybaits

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ 10 Wasiat Untuk Isteri ~


Wanita @ Isteri mane yang tidak mahu @ ingin bahagia bersama suami & anak2 untuk mencapai rumahtangga yang mawaddah, rahmat & diberkati Allah S.W.T..Dan yang penting dlm keredhaan Allah S.W.T..

Berikut ini sepuluh wasiat untuk wanita, untuk isteri, untuk ibu rumah tangga dan ibunya anak-anak yang ingin menjadikan rumahnya sebagai pondok yang tenang dan tempat nan aman yang dipenuhi cinta dan kasih sayang, ketenangan dan kelembutan.


1) Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat

2) Berupaya mengenal dan memahami suami

3) Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik

4) Bersikap qana’ah (merasa cukup)

5) Baik dalam mengatur urusan rumah, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6) Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7) Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan duka cita dan kesedihannya.

8) Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaanya.

9) Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya).

10) Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan-kesalahan.



Bingkisan Hati~~~>

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia pada suatu masa hilang dari pandanganmu…..kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…


***Coretan Miss Ayu~~~> Arini p bengkel kereta tukar disk brake pads, ntah pe bendala aku xtau...kete lme mcm2 kena tukar...pas satu satu...fuhh sabarjela..penat & lapar menunggu...huhuhu

Kalau Like Silalah Klik...:)