Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

...AnDaiNya LeLaKi TaHu...

andainya lelaki tahu,
dalam hati seorangt perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa ingin diberi perhatian,
ada rasa ingin didengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihan.

andainya lelaki tahu,
rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
marah seorang perempuan perlu didekati,
sedih seorang perempuan perlu didengari,
gembira seorang perempuan ingin didengari,

andainya lelaki tahu,
di sebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut,
bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
bukan jua untuk dimanjai,
hanya perlu sedikit perhatian,
agar rasa kasih itu terasa wujud,
walau saat jauh.

kerana andainya lelaki tahu,
hati itu akan sentiasa bertanya,
pada diri seorang perempuan,
wujudkah cinta itu di hati lelaki,
bila saat jauh tanpa perkhabaran,
sebagaimana mekarnya cinta itu,
tetap dihati seorang perempuan,
biarpun berkali ombak berhempas,
tak sekali pantai hati itu berubah.

sumber: Facebook




Bingkisan Hati~~> Cuma kamu...lelaki yang telah aku pilih...cuma kamu....penjaga hati..kumohon jangan pergi....

Coretan Miss Ayu~~> Alhamdulillah dpt jugak tukar tiket...cmnela tersalah tarikh..huhu..excited sgt nk balik kg cuti sekolah kot...hikhik...Rindu kt kg, Mr.A..buat Mr.A jge diri kamu baik2 ye di sana...kenang daku dlm doamu...aku jua sepertimu kasih....:)




Kalau Like Silalah Klik...:)

...شكرا لك يا أمي...


..Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaan-Nya...


Untuk pengetahuan kawan-kawanku, aku mempunyai 2 mak...seorang aku panggil ma n seorang lagi aku panggil mak..sedari baby aku tinggal di umah mak selaku mak saudaraku...mujurlah umah mak n ma dekatje...so, aku xlah rase jauh ngn family kandungku..yer..aku sangat bertuah dikurniakan dua mak..syukur sgt2...aku tau ape yang telah ditakdirkan dari-Nya adalah terbaik untukku...

Aku ade puisi untuk kedua-dua ibu ku...bacelah...

Bonda,
Terima kasih kerana telah melahirkan anakanda di dunia ini,
Tanpa bonda tiadalah anakanda pada hari ini.

Bonda.
Alhamdulillah berkat doa dan kasih sayangmu,
Anakanda telah menjadi seorang guru @ ustazah,
Anakanda tahu bonda sangat gembira tatkala anakanda ditawarkan menjadi guru @ ustazah.

Bonda,
Sesungguhnya kasih sayangmu kekal sampai syurga,
Anakanda sentiasa inginkan doa & restu berpanjangan dari bonda,
Untuk anakanda memperoleh keberkatan di dalam hidup anakanda.

Bonda,
Anakanda sayang bonda.....



Bingkisan Hati~~> Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi...Aminn.


Coretan Miss Ayu~~> Alhamdulillah demamku dah kebas setelah 2 ari demam...esok dh boleh pergi sekolah dan memulakan rutin harianku seperti biase....:)



Kalau Like Silalah Klik...:)