

- Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir dipimpin oleh jiwa hasil fikirannya bak mutiara.
- Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.
- Tiga perkara yang orang tidak puas puas memburunya, ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.
- Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, kedua duanya adalah untuk menegak kebenaran, bukan untuk cari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.
- Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya disisi Allah dan manusia.
- Ilmu yang memberi menafaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, tetapi sangat sukar kita nampak akan adanya.
- Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, jikalau diberikan pada orang lain ia akan bertambah, tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
- Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, begitulah orang yang berilmu, apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.
- Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.
- Biar sedikit cakap banyak amalan, biar sedikit berbincang tetapi membuahkan sepakatan, biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.
- Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa atau hati ialah iman, buah fizikal ialah kemajuan, alangkah indahnya kalau ketiga tiga ini melahirkan buah dalam kehidupan.
- Alim lisan pandai bercakap tidak berbakti, alim hati kurang bercakap banyak berbakti, alim lisan dan hati bercakap dan beramal sama selari.
*Tuntutlah ilmu hatta ke negeri China sekalipun. Jadilah diri kita insan yang berilmu..Wallahu'alam..
Kalau Like Silalah Klik...:)
0 comments:
Post a Comment