Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


'Selamat Pengantin Baru'

Tahniah buat kawan2ku yg bakal melangkah ke alam rumah tangga xlame lg...skangni musim cuti sekolah ramailah pasangan2 pengantin yg mngambil peluang utk mendirikan rumahtangga atau membina masjid bg meramaikan umat manusia..Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah kurnia-Nya pd kte semua...

Alfun Mubarak buat:
-Mohd Hanafi dan pasangannya
-Nordalila dan pasangannya
-Zariani dan pasangannya
-Siti Shahida dan pasangannya
-Sulastri dan pasangannya



xlupe juga buat kawan2ku yg lain...dn juga yg akan bertunang...'Selamat Bertunang'.. aku tumpang gembira...dan insyaAllah same2 meraikan nt.... doakan jugak utk diriku ini...:))

Kalau Like Silalah Klik...:)

Luahan Hati...

Ya Allah..terlalu berat dugaan yg Engkau berikan pada hamba-Mu ni...tp aku tidak sekali2 merasa putus asa dn lemah krn aku yakin akn kemanisan yg aku tidak ketahui...segala ketentuan dari-Mu aku redha...Di sebaliknya pasti ada hikmah yg tersembunyi...

Aku perlu kuatkan semangat utk meneruskan kehidupan ini..ape yg tlh berlaku biarlah ia pergi dn hidup perlu diteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi...belajarlah dr kesilapan dn jgn suka mngulangi kesilapan yg sama...byk yg tlh aku pelajari dr 'seseorang' yg byk bersabar dgnku...terima kasih tak terhingga buat dirinya yg kini jauh di mata...aku harap dirinya sentiasa tabah dn bersemangat utk meneruskan khidupan yg penuh dugaan ini...dn juga semoga dirinya najah dlm peperiksaan yg bakal menjelma tibe...doaku buat dirinya xpernah kulupakan...
maafkan diri ini yg kdg2 tdk memahami keadaanmu...

Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kami...berilah kami kesabaran yg tinggi utk kami berhadapan dgn dugaan-Mu...Amin...

Kalau Like Silalah Klik...:)

Assalamualaikum....

Ermmm....agak lame sy tidak meng'update' blogni...maaf ye sahabat2...insyaAllah akn sy update nanti...Terima kasih pd yg sudi mengziarah blog ni...xrugi kte berkongsi ape2 pun kan...:))

Kalau Like Silalah Klik...:)

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita....


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-


1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Wanita Hiasan Dunia...Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Kalau Like Silalah Klik...:)

CINTA ALLAH S.W.T


Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok.


  • Akarnya adalah simbol ketundukan kepada Allah.
  • Batangnya adalah pengenalan mendalam tentang-NYA.
  • Rantingnya adalah perasaan takut kepada-NYA.
  • Daunnya adalah rasa malu kepada-NYA.
  • Buahnya adalah ketaatan kepada-NYA.
  • Unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepada-NYA.
* Andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang, maka berkuranglah kadar cinta tersebut. Cinta ALLAH adalah yang sejati dan kekal abadi..Wallahua'alam....:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

Terimalah Kehidupan Sebagaimana Adanya...

Kehidupan itu memang diciptakan dengan pelbagai kekeruhan, sementara kita masih menginginkannya kejernihan daripada pelbagai kotoran dan keburukan. Inilah kelazatan dunia sebenarnya. Kita dikelilingi dengan pelbagai kelazatan, banyak tanggungjawab dan sangat menyedihkan. Pelbagai aneka ragam warna, dicampuri dengan pelbagai kekotoran dan diliputi pelbagai kelelahan, sementara kita selalu berada di dalam kesedihan.

Allah mengkehendaki kehidupan dunia ini bahawa ianya mengumpulkan antara 2 jenis yang saling bertentangan, 2 macam yang saling berlawanan dan 2 permasalahan yang saling bertolak belakang. Iaitu kebaikan dan kejahatan, keindahan dan kerosakan, kebahagiaan dan kesedihan.

Belajarlah kita hidup daripada kenyataan yang sebenar-benarnya dan jangan biarkan fikiran kita melayang-layang dalam dunia khayal dan angan-angan. Usahakanlah kita menggapai dunia idealism yang tinggi dan terimalah kehidupan dunia sebagaimana adanya. Adakanlah penyesuaian terhadap kita untuk menjalaninya dan mematangkannya.

Seorang sahabat yang tidak akan pernah bersikap sejati dan sejujurnya kepada kita dan segala perkara tidak akan terus mengalami kesempurnaan bagi kita, Sebab kesetiaan dan kesempurnaan bukanlah tabiat manusia yang sejati dan bahkan bukan sebahagian daripada sifat yang sebenarnya.

Seorang isteri tidak akan dapat sempurna sesuai dengan apa yang para suami harapkan. "Janganlah seorang suami terlalu membenci isteri jika dia tidak menyukai salah satu daripada sikapnya, sebab dia pasti akan menyukai sikap-sikap yang lainnya."

Oleh itu, selayaknya kita saling menutupi, mendekatkan diri, memaafkan, saling mengampuni kesalahan dan mengambil apa yang termudah. Kemudian diiringi dengan meninggalkan perkara yang susah dan terkadang kita harus memejamkan mata, menutupi segala kesalahn dan kadang-kadang kita melupakan perkara-perkara yang dialami secara nyata dalam kehidupan.

Sesiapa yang tidak bersikap manis dalam segala perkara yang dihadapinya, maka dia akan tertusuk taring dan akan diinjak kaki anjing.

Kalau Like Silalah Klik...:)