Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~Buatmu Sahabat~



Sahabat,

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amanah2 Allah...

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiah pencipta...
Jika aku lemah tidak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera...

Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah agar aku berubah...

Dan esok, jika aku lena tanpa terjaga,
Iringilah lena aku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabat,

Ukhuwwah kita selamanya...


Pesan Cik Ayu~~~>
" Sahabat yg beriman ibarat mentari yg berkilau"

Kalau Like Silalah Klik...:)

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".



Rahsia dan Kelebihan Pada Senyuman

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal tapi sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


P/S~~Jgn cepat marah yer dan murahkan senyuman anda!!!!!...:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

~Hari Istimewaku~



Alhamdulillah 3hb oktober yg lalu merupakan hari kejayaanku di Konvokesyen UIAM, Gombak slps 6 thn aku menuntut ilmu tnpa prnah rse putus asa dn jemu. Kejayaan ni adlh utk keluargaku yg trsayang, kwn2 n yg teristimewa..Tanpa kalian tiadalah aku memegang segulung ijazah.

Paling mmbuatkanku sedih tatkala menerima hadiah istimewa dr mama dgn kucupan hangat di pipi tnde kegembiraannya. Bapaku juga menitiskan air mata kegembiraan..Terima kasih tak terhingga ats segala jasa dn pengorbanan mereka terhadapku.

Terima kasih juga buat mak, ayah dn keluarga yg byk mmbantuku selama ni dr segi kewangan dn tenaga..Tak terbalas budi kalian, hnya Allah yg mampu mmbalasnya.

Buat kawan2 yg kukasihi, akhirnya kita dpt meraikan hari istimewa ini bersame2, jasa kalian sgt aku hargai. Aku masih ingat tika waktu kite menuntut ilmu, brbagai2 pngalaman, dugaan yg kita trpkse hadapi..Kita brdepan ngn stress, exam, masalah roomate, dan mcm2 lg. Tapi semuatu kita berjaya hadapi dgn baik dn tenang..Aku pasti tdk akan melupakan saat2 indah kita bersama di UIAM..Terlalu byk suka dn duka, pahit dn manis..Betulla org ckp "bkn senang nak senang dn bkn susah nak senang".Kak Norah, Kak Da, Kak Arini, Kak Yah, Kak Ada, Diah , Huda dn Zue pernah beriadah bersama2, kuar same2, makan same2, dn juga ber'aerobik pn bersame2..bestkan waktu tu??? ( ^,^ )

Bersyukurlah ngn ape yg kita miliki hari ini...Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh-NYA.


Kalau Like Silalah Klik...:)

Wahhhhhh Da First Gift (~~,)


Nilah hadiah konvokesyen yg pertama ak terima drpd sofie yg kini berada di Ukraine.
Terima kasih banyak2 sofie...xtau nk ckp cmne....i hope our friendship forever n ever....:)
InsyaAllah i never forget u becoz we share so much together...hehehe....Your turn will be coming...:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

~Happy Convocation Day~




Hari ini hari pertama konvokesyen di UIAM bg sesi yg pertama...Untuk kursusku adalah sesi yg ketiga jam 8 pagi..Alhamdulillah selama 6thn ak belajar di UIAM,akhirnya tibelah jua hari untukku menerima Ijazah..Syukur sgt2 pd Yang Maha Esa kerana memberiku peluang berharga ini.

Mmg xdinafikan berbagai2 dugaan waktuku belajar dlu...Mujurlah sokongan dr keluarga, kawan2 seperjuangan xpernah putus memberiku smngat untuk terus belajar..Bkn sng nk sng kn. Semua pelajar akan merasai dn memahami keadaan dn khidupan dlm menuntut ilmu. Terima Kasih buat Mak, Ayah, Ma dn Bapak yg sentiasa mendoakanku..InsyaAllah aku tdak sekali2 melupakan jasa kalian.

Akhir kalam driku,tahniah diucpkn kepada semua plajar UIAM...trutamanya 'my batch'....(arabic language n literature)dn jge my roomate(k.yah n k.da)

Kalau Like Silalah Klik...:)

Kesabaran Adalah Kunci Segala-galanya...:)

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Kali saya ingin berkongsi dgn anda semua mengenai sifat 'SABAR'. Sebagaimana yg tlh kita ketahui bahawa sabar itu separuh daripada iman. Tiada yg lbih baik melainkan sabar. Apa yg berlaku dlm hdup kita merupakan ujian dr Allah utk mguji sejauh mana kesabaran dn ketakwaan kita pada Allah. Kita pasti akan merasai kemanisannya seandainya kita memiliki sifat sabar dlm diri kita.

Dlm meniti arus kehidupan ini, saya juga diuji dgn ujian Allah. Namun, saya tidak sekali-kali merasa putus asa dgn ape yg tlh berlaku ke atas diri saya malah saya sgt2 bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Saya percaya ape yg tlh Allah takdirkan buat saya itulah yg terbaik untuk diri saya dan saya juga akan bahagia seperti yg saya impikan..InsyaAllah.

Sabarlah dgn ape yg akn berlaku dn tlh berlaku dlm hdup kita. Semoga kita mendapat keredhaan-NYA.


Kalau Like Silalah Klik...:)

Tiara...hihihi..sekadar hiburan...

Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga

Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya tunduk ke bumi
Hidup tertekan

Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi

Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini...
Oh! Tiara... pedihnya
Dapatkah kau merasakan...

Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya...
TIARA... Oh.!

Kalau Like Silalah Klik...:)