Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Wanita Hiasan Dunia...Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...
CINTA ALLAH S.W.T
Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok.
- Akarnya adalah simbol ketundukan kepada Allah.
- Batangnya adalah pengenalan mendalam tentang-NYA.
- Rantingnya adalah perasaan takut kepada-NYA.
- Daunnya adalah rasa malu kepada-NYA.
- Buahnya adalah ketaatan kepada-NYA.
- Unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepada-NYA.
Terimalah Kehidupan Sebagaimana Adanya...
Aku Wanita Biasa
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..
Kalau Like Silalah Klik...:)JIHAD??
Ku renung dlm diri
apakah jihadku?
jihad pena atau jihad belajarkah?
jihad mata atau jihad nafsukah?
jihad hati atau jihad 'ilmukah?
yang telah lama hilang
dari pemuda agamaku
kerana sempitnya ruang tafsiran
kerana terpisahnya
akhirat daripada dunia
agama dari kehidupan
'ilmu dari pendidikan
pada teman sekuliah
pasti dia merenung mataku
dengan penuh pesimis
dan ulas mulutnya
mengukir senyum
kerana aku yg EKSTREMIS
sedang dia juga seagama
cuma latar berbeza
Apakah kanvas hidupnya
penuh warna-warna keliru
juga cermin
pada ribuan rijal di luar sana?
Amalan Sebelum Tidur
Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
Berkat di sebalik membaca Bismillah.
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."
Dengan itu, mulakanlah melakukan sesuatu dengan membaca Bismillah, insyaAllah segala yang kita buat akan mendapat manfaat dari-NYA..Wallahu'alam...
Kalau Like Silalah Klik...:)Langkah-Langkah Membaiki Iman...
Sifat Yang Melemahkan Diri
- MARAH
- TAMAK
- TERGESA-GESA
Seram ke??:)
Renungan Hari Ini...
- Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
- Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
- Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
Agungnya Rasulullah S.A.W
Nabi Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman,
Membawa Quran sebagai panduan,
Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan,
Suasana jahiliah menjadi berubah,
Kepada kehidupan Islam amat indahnya,
Dan pimpinan berpandukan Al Quran,
Manusia yang kejam boleh beriman,
Perjuangan Rasul yang utama,
Mengenalkan Tuhan yang sebenar kepada manusia,
Tuhan yang Esa, Maha Pencipta lagi berkuasa,
Ramai manusia meninggalkan berhala,
Menggantikan Allah sebagai sebagai Tuhannya,
Mereka agungkan Allah,
Memuji, memuja dan mensucikan-Nya setiap masa,
Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia cara hidup mereka,
Menjadilah manusia yang rajin, cergas dan kuat bekerja,
Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa,
Berbakti kepada manusia demi persaudaraan dan perpaduan,
Lahirlah keadilan di dalam kehidupan,
Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan,
Manusia hidup macam satu keluarga dan satu ibu dan bapa,
Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan,
Bertolong bantu sentiasa ada,
Kemungkaran dan maksiat gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan,
Manusia hidup aman damai bersih dari dosa dan noda,
Didikan Rasullulah di zaman Sahabat,
Akhlak mereka menjadi mulia,
Akhlak mereka laksana bunga-bunga,
Di taman yang indah amat meriah,
Melihat kehidupan Sahabat,
Sejuk mata, tenang jiwa bahagia dirasa,
Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka,
Menyembah Allah yang Maha Esa,
Bersungguhmu wahai Rasulullah,
Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa,
Namamu dikampilkan bersama dengan nama Allah yang Maha Esa,