Jika ditanya
Apakah yang lebih indah daripada
Segunung emas dan sejuta
Permata?
Apakah yang lebih indah daripada
Beribu mutiara di lautan?
Dan harta serta wang yang
Melimpah ruah?
Jawabnya
Keindahan itu terletak pada
Keimanan dan ketakwaan kepada
Tuhan.
Jika ditanya
Apakah akan rugi jika hidup
Dengan agama?
Tanpa merasa nikmatnya dunia?
Jawabnya
Kenikmatan itu tergantikan
Dengan reda-Nya.
Jika ditanya
Apakah nikmatnya menyusahkan
Diri?
Mencari selautan ilmu?
Berjuang demi agama?
Jawabnya
Kerana inilah perjuangan sebenar
Yang menuntut aku
Mengorbankan segalanya…
Kerana aku tahu indahnya syurga
Daripada kenikmatan dunia.
Aku mahu menjadi bintang
Yang cemerlang
Hingga sinarnya menembusi
Langit dunia
Hingga izzah Islam akan kembali bersinar
Seperti zaman Rasul dan sahabatnya.
Walaupun aku bukanlah Sayidatina
Aisyah yang cerdas dan pintar
Bukan juga Sumaiyyah yang
Berjiwa perkasa
Bukan juga Sayidatina Khadijah
Yang mulia
Bukan Khaulah dengan kuda
Dan pedangnya
Tetapi…
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang mempunyai cita-cita
Di sebalik cintaku pada-Nya.
Bingkisan Hati~~~>
Perkara yg paling aku menyesal sekali dlm sehari ialah apabila terbenamnya matahari,
umurku berkurangan, akan tetapi amalanku tdk bertambah.
* IBN MAS'UD R.A *
Coretan Miss Ayu~~~> Arini ngn tdk sengaja aku memecahkan cawan doraemon yg aku gne mse stdy dlu semasa aku mencuci pnnggan mangkuk..msetu fikiran mlayang2...sedih lak...mgkin dh smpai ajal cawantu...pesan pd diriku fokus tika melakukan sesuatu n cbe tdk melayan perasaan...kuikuikui
0 comments:
Post a Comment