Salam 'alaik...
Kaifa haalukum??
Huhuhu...semalam seharianku terkena penyakit 'diarrhea' @ cirit-birit...xpernahla seteruknie..sabarjela...
Mula2 minum teh kelat..sangatla kelat..pastu makan pil chi kit teck aun..xjd ape jgk..huhuhu...
Xtahan sangat dgn keadaan sakit yang teramat sgt memaksaku pergi ke klinik...mujurla Poliklinik Ibn Sina yang buke, maklumla ari Jumaat semua klinik tutup...huhuhu...
Wah,si doktor pulak encem,,hihihi...terus je rse sihat...boleh pulak camtu..ngeh3...:p
Si doktor bagi ubat angin, air garam, gastrik..makan sekalije pastu xmakan2 dh...klu demam br kena p hospital takut jangkitan kuman...puncenye dr makanan..tula main belasahje makan...hukhukhuk...rasenye minum air cendol kt pasar Binjai kot...pasni xbeli dh...huhuhu
Alhamdulillah arini dh sihat xmacam semalam berulang2 p tandas...
Ni adalah info sikit about Diarrhea ni..ce bace ce bace...:)
Masalah cirit birit (diarea) selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.
Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit------> pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.
Puncanya :
* disebabkan kuman bakteria
* akibat virus kuman
* akibat protozoa --> Cirit-birit yang akut boleh juga disebabkan oleh organisma protozoa yang dikenali sebagai Giardia lamblia dan Entamoeba histolytica. Protozoa Giardiasis sering menjangkiti kanak-kanak, pelancong yang melancong ke kawasan atau negara bercuaca panas (tropika dan subtropika) serta pesakit-pesakit yang berada dalam wad hospital. Selepas satu hingga tiga hari jangkitan, individu akan mendapat cirit-birit dan kekejangan di bahagian perut.
* disebabkan oleh ubat
Nak tau info lanjut boleh layari link ni okay...
Bingkisan Hati~~~> Kerana kata-kata, insan boleh menderita. Oleh kerana tidak berhati-hati ketika berkata-kata, nikmat yang sepatutnya kita terima, dirampas dari kita. Ada orang yang berniat memberikan kita sesuatu, mungkin menarik balik niatnya kerana kata-kata kita. ~HIKMAH ARAB~
Coretan Miss Ayu~~~> Arini bwk si adik bongsu p klinik sbb kena ulat bulu..cian die...pastu p tlg my sista cabut pelamin kt Kg Besut ngn Hah & Husna...:)
Kalau Like Silalah Klik...:)