Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~ RaMadHan MeNjeLmA LaGi...Alhamdulillah ~

Assalamualaikum semua...Hai chakkkk!!!!!! 

Adus sudah lama aku dok meng"update" blog ku yg usangni...huhuhu...al-maklumlah ke"bz" an melanda baru2 ni...:p 
Nothing special happened just busy with my career....:) 
Cumenye di kesempatan ini sempena kita dh nak sambut bulan RAMADHAN esokni..aku nk ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di dunia.Alhamdulillah kita masih llagi diberikan peluang oleh-Nya untuk kita sama2 merasai nikmat di bulan Ramadhan & seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi kan.....



Aku juga berharap semoga bulan yg mulia ni aku dapat muhasabah diri aku dgn sebaik2nya...



BinGkiSan HaTi~~> Selamat Berpuasa buat seseorang yg berada di perantauan..semoga tabah & sabar di sana k..InsyaAllah ada rezeki kite berpuasa sama2 k..jage diri baik2...:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

...HaPpy BiRthDaY My SaYang...

Hari ni besday my sayang yg kini berada di bumi Mesir...Selamat Hari Lahir My Hero...Semoga cepat balik Mesia k,najah exam dipnjgkn umur & dimurahkan rezeki dari-Nya...Sori sgt2 xdpt nk kirim present utk axx...tunggu axx balik k...sxx bg special punyer...hehe...hanya sekeping kadje yg mampu bagi..harap axx suka...:)







Just For You:


Sayangku yang sangat aku sayangi…
ku sangat bahagia ketika ku menyayangi diri mu…
kaulah sang pujaan hatiku dan peri cintaku…

Sayangku….
Harapan ku sungguh besar dan tak terhingga…
Kerana ku sangat menyayangi dirimu dan sangat mencintaimu…

Sayangku…
Kau selalu sejukkan hati ini…
Dengan setitis air cinta yang kau beri…
Kaulah pujaan hatiku…
Jangan pernah kau ingkari tentang cinta…
Kerana ku inginkan dirimu bahagia dengan cinta…
Diriku melayang saat dekat denganmu…
Kumohon berilah taburan wangimu dalam diri ini…

Sayangku…
Takkan kusia-siakan kasih sayangmu padaku…
Kau begitu sabar melayan karenahku…
Takkan semudah itu aku melepaskanmu…
Kerana cinta memerlukan pengorbanan….




Layan lagu ni okay...:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

...BaLiK kAMpuNg...

Assalamualaikum semua...

Harap2 baik2 belake dn syukur ats nikmat Allah pada kita semua ok....
Alhamdulillah setelah 3 minggu tidak pulang ke kampung halaman..tibalah ari esok aku akan pulang ke kampungku "Kg Batu 4 Binjai, Kemaman"...rindu kt my big family so much....hehe...3 mnggu je pun, bknnye berthn2...anak manjala katakan...aku masih lg tidak percaya yg aku terpakse merantau lagi..bezanya dlu aku melanjutkan pelajaran di UIAM, Gombak, K.L...dan kini aku bekerja @ mengajar di Kota Bharu, Kelantan...alah tidakla jauh mane..cume kdg2 rse cuti Jumaat & Sabtu tidak puas n cukup...walaupun penat, tp demi family aku balik juga sebagai tanda yg kita ni ingat mereka di kg...chewaaaaaaahhhhhhhh.....(wink wink) sedikit "kemengadaan" di situ bunyinye...:P 
Agaknya klulah si buah hati ade di Kemamantu, tiap2 minggu balik kot...hikhikhik...



2 minggu lagi sekolah ku akan mengadakan Hari Sukan Peringkat Sekolah & arini bermulanya sesi latihan Rumah Wira & Satria. Dan aku menjadi guru pembimbing rumah Wira...Nilah pengalaman pertamaku sebagai seorang pendidik dlm sambutan Hari Sukan...nt aku uploadkan gambar yer...hehehe...




BiNgKisAn HaTi~~~> Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.  - Peribahasa Arab-



CoReTaN MisS aYu~~~>rindu nk makan kepok ganu @ keropok kt Geliga...yummy2...:) 
jgn tertido sudah ptg kang sbbnye mahu pergi ke sekolah ade latihan sukan murid Tahap 2...klu x asyik membuta je..xleh jadini...berubahla Ayu!!!! Bangun dr tidurmu...!!!! :p

Kalau Like Silalah Klik...:)

...MeLaYaN KaReNah AnAk diDiK...

Assalamualaikum semua...arini aku nk berkongsi pngalaman setelah 5 bulan bergelar seorang pendidik di Sek.Keb Excident ni...adoyai..macam2 perangai dh aku jupe..kdg2 btul2 buat aku hilang sabar ngn budak-budakni..tp aku still cool walaupun dlm ati bagaikan angin tsunami...huish begitu dahsyat bunyinyer kan...tp inilah dikatakan dunia budak-budak sekolah rendah..btul2 mencabar dn extreme...

Budak-budakni makin dilayan makin naik lemak btul x??masalahnye.... kalau xdilayan xboleh jugak...bising & tdk terkwal jdnyer..silap2 huru hara kelasku...tgk kejadian arini buat aku hilang sabar je...adeke patut seorang budaktu main lastik2 getah pastu aku yg jd mangsa terkena mata kiriku, mujurla xsakit...apelagi membebel la akunye n senyap 1 kelas...hehehehe...kn dh kena ngn Ustazah Ayu...taupun takut bila aku ugut2 budaktu ikut aku p jumpa guru disiplin...kihkihkih..:p

Apepun, ku semakin jatuh cintan ngn kerjaya pendidik ni...kerjaya guru kan sangat mulia dn dpndang tinggi...besar pengorbanan seorang guru ni...kadang2 jatuh sayang kt budak2ni bila merekani semangat untuk belajar...xpe, aku xkan putus asa dlm merjadi seorang pendidik...

Oklah malas sudah nk berceloteh panjang..nt boring pulak kan???hehehe
C U again....:)

BiNgkIsaN hATi~~> WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.


CoReTaN miSs aYu~~>Balik sekolah arini terus tido, penat n kurang mood sket arini..huhuhu..tp mode balik kg tetap ade..hehehe:)


Kalau Like Silalah Klik...:)

...Baarakallahulakum...

TAHNIAH AIN & DYANA!!!!!!

Alhamdulillah 2 org sahabat karibku telah selamat menjadi isteri orang....Aku doakan kalian menjadi isteri cerdik dan solehah serta  bahagia di samping keluarga yg tersayang hendaknya...cepat2 bg kami anak angkat ye...hehehe....doakan kawanmu ini juga yee...:)))

Jom kita layan beberapa keping gambar ok.....

 ...ni aku & atie kat majlis Dyana..atie bile pulak??hehe


 ...Akhirnya bersatu jua..


 ...Sama cantik sama padan...Congrates!!!


 ...yg ni bila pulak??? ahaks...



...cantik sangat purple...tahniah dyana...:)


Bingkisan Hati~~~>  “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada disana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya).



Coretan Miss Ayu~~~> Aku gembira melihat kawan-kawanku berjaya dan mempunyai keluarga yang bahagia...Syukur Ya Allah ats Kurnian-Mu ini...semoga kami tidak lalai dlm beribadah kepada-Mu..berkatilah kami Ya Allah...

Kalau Like Silalah Klik...:)

~~Kelebihan Bulan Sya'aban~~


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.


Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Kalau Like Silalah Klik...:)