Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wanita Hiasan Dunia...Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Kalau Like Silalah Klik...:)

CINTA ALLAH S.W.T


Ibn Qayyim mengibaratkan cinta kepada Allah seperti sepohon pokok.


  • Akarnya adalah simbol ketundukan kepada Allah.
  • Batangnya adalah pengenalan mendalam tentang-NYA.
  • Rantingnya adalah perasaan takut kepada-NYA.
  • Daunnya adalah rasa malu kepada-NYA.
  • Buahnya adalah ketaatan kepada-NYA.
  • Unsur lain seperti matahari, air dan tanah adalah ingat kepada-NYA.
* Andai salah satu daripada elemen ini tiada atau hilang, maka berkuranglah kadar cinta tersebut. Cinta ALLAH adalah yang sejati dan kekal abadi..Wallahua'alam....:)

Kalau Like Silalah Klik...:)

Terimalah Kehidupan Sebagaimana Adanya...

Kehidupan itu memang diciptakan dengan pelbagai kekeruhan, sementara kita masih menginginkannya kejernihan daripada pelbagai kotoran dan keburukan. Inilah kelazatan dunia sebenarnya. Kita dikelilingi dengan pelbagai kelazatan, banyak tanggungjawab dan sangat menyedihkan. Pelbagai aneka ragam warna, dicampuri dengan pelbagai kekotoran dan diliputi pelbagai kelelahan, sementara kita selalu berada di dalam kesedihan.

Allah mengkehendaki kehidupan dunia ini bahawa ianya mengumpulkan antara 2 jenis yang saling bertentangan, 2 macam yang saling berlawanan dan 2 permasalahan yang saling bertolak belakang. Iaitu kebaikan dan kejahatan, keindahan dan kerosakan, kebahagiaan dan kesedihan.

Belajarlah kita hidup daripada kenyataan yang sebenar-benarnya dan jangan biarkan fikiran kita melayang-layang dalam dunia khayal dan angan-angan. Usahakanlah kita menggapai dunia idealism yang tinggi dan terimalah kehidupan dunia sebagaimana adanya. Adakanlah penyesuaian terhadap kita untuk menjalaninya dan mematangkannya.

Seorang sahabat yang tidak akan pernah bersikap sejati dan sejujurnya kepada kita dan segala perkara tidak akan terus mengalami kesempurnaan bagi kita, Sebab kesetiaan dan kesempurnaan bukanlah tabiat manusia yang sejati dan bahkan bukan sebahagian daripada sifat yang sebenarnya.

Seorang isteri tidak akan dapat sempurna sesuai dengan apa yang para suami harapkan. "Janganlah seorang suami terlalu membenci isteri jika dia tidak menyukai salah satu daripada sikapnya, sebab dia pasti akan menyukai sikap-sikap yang lainnya."

Oleh itu, selayaknya kita saling menutupi, mendekatkan diri, memaafkan, saling mengampuni kesalahan dan mengambil apa yang termudah. Kemudian diiringi dengan meninggalkan perkara yang susah dan terkadang kita harus memejamkan mata, menutupi segala kesalahn dan kadang-kadang kita melupakan perkara-perkara yang dialami secara nyata dalam kehidupan.

Sesiapa yang tidak bersikap manis dalam segala perkara yang dihadapinya, maka dia akan tertusuk taring dan akan diinjak kaki anjing.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Aku Wanita Biasa


Aku ini wanita biasa

Bisa sakit luka karena cinta

Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku

Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa

Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang

Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru

Sulut gairah jiwamu

Ku yang dosakan cinta kekasih

Hatiku… maafkan aku..

Kalau Like Silalah Klik...:)

JIHAD??


Ku renung dlm diri

apakah jihadku?

jihad pena atau jihad belajarkah?

jihad mata atau jihad nafsukah?

jihad hati atau jihad 'ilmukah?


Jihad..

yang telah lama hilang

dari pemuda agamaku

kerana sempitnya ruang tafsiran

kerana terpisahnya

akhirat daripada dunia

agama dari kehidupan

'ilmu dari pendidikan

Jika kusebutkan kalimah jihad

pada teman sekuliah

pasti dia merenung mataku

dengan penuh pesimis

dan ulas mulutnya

mengukir senyum

kerana aku yg EKSTREMIS

sedang dia juga seagama

cuma latar berbeza

Apakah kanvas hidupnya

penuh warna-warna keliru

juga cermin

pada ribuan rijal di luar sana?

Kalau Like Silalah Klik...:)

Amalan Sebelum Tidur


Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Astaghfirullahalazi m li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat

" Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Berkat di sebalik membaca Bismillah.


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Dengan itu, mulakanlah melakukan sesuatu dengan membaca Bismillah, insyaAllah segala yang kita buat akan mendapat manfaat dari-NYA..Wallahu'alam...

Kalau Like Silalah Klik...:)

Langkah-Langkah Membaiki Iman...


· Bersihkan rumah dari setiap perhiasan yang menyerupai patung-patung dan berhala.
· Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang soleh dan melibatkan diri dengan majlis-majlis ilmu.
· Mudah untuk memberikan kemaafan di atas kesalahan orang lain terhadap kita.
· Bila berada dalam keadaan marah janganlah berlebih-lebihan, ingatlah sifat marah itu adalah berasal dari syaitan.
. Banyak mengerjakan sembahyang berjemaah terutamanya di masjid.
· Banyakkan berdoa, berzikir dan bertahmid kepada Allah.
· Banyakkan beristighfar dan memohon taubat kepada Allah.
· Cintailah seseorang tetapi dengan tidak berlebih-lebihan.
· Hargailah setiap pemberian dan hadiah dari orang lain kepada kita.
· Jangan terlalu tamak pada harta.
· Jangan terlalu bercita-cita tinggi terhadap sesuatu kedudukan.
· Jangan berkeinginan terlalu tinggi melebihi dari kemampuan diri.
· Tidak merasa goyah kerana sesuatu fitnah yang dilemparkan.
· Jangan mencampuri harta yang halal dengan harta yang haram.
· Jangan mempunyai musuh kecuali iblis dan syaitan.
· Jangan bersikap sombong, takabur, angkuh dan besar kepala.
· Jangan terlalu takut kepada kemiskinan dan kesusahan.
· Jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain terhina.
· Jangan cepat percaya kepada berita buruk mengenai sahabat kita sebelum diperiksa akan kebenarannya.
· Jangan melengah-lengahkan tanggungjawab dan kewajipan.
· Jangan terlalu banyak membuat hutang.
· Jangan terlalu mudah membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
· Jangan menyimpan dendam dan berkeinginan untuk membalas kejahatan dengan kejahatan.
· Jangan menyimpan benci terhadap orang yang membenci kepada kita.
· Jangan membiasakan diri berkata dusta dan berbohong.
· Jangan membuka aib orang lain.
· Jangan bersedih kerana miskin dan jangan bersikap sombong kerana kaya.
· Jangan menghabiskan waktu untuk sekadar mendapat hiburan dan kesenangan yang melalaikan.
· Jangan ada rasa takut kecuali kepada Allah.

Ini adalah sebahagian cara-cara membaiki iman...sama2lah kita muhasabah diri kita...wallahu'alam...

Kalau Like Silalah Klik...:)

Sifat Yang Melemahkan Diri


Kawal perasaan apabila hendak marah. Secara sedar atau tidak, setiap manusia ada kelemahannya. Manusia sememangnya mempunyai kelebihan berbanding dengan makhluk lain ciptaan Allah s.w.t. Tetapi, di sebalik kehebatan itu, manusia diperingatkan dan dikecam oleh Allah s.w.t kerana memiliki kelemahan dan kekurangan yang membawa ke lembah kehinaan.
Di dalam hati manusia, terbit beberapa sifat kelemahan seperti marah, tamak dan tergesa-gesa yang muncul tanpa disedari. Walau pun nampak remeh, tetapi sifat-sifat itu menjadi laluan oleh syaitan untuk mencapai tujuannya. Manusia perlu diperingatkan tentang kelemahan itu. Ikuti maklumat bermanfaat itu sebagai santapan untuk rohani anda.

  • MARAH
Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.
Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.
Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat.
Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan.
Al-Quran ada merakamkan beberapa kisah tentang sifat marah yang terjadi kepada beberapa orang Nabi yang marah disebabkan oleh kedurhakaan kaumnya yang enggan taat kepada perintah Allah s.w.t. Mengenai kisah Nabi Yunus misalnya, al-Quran menyentuh mengenai marahnya terhadap sekelompok Bani Israil yang enggan taat sehingga dia meninggalkan tugas dan menuju ke laut. Dia menduga bahawa “Kami tidak akan memberinya hukuman atas marah”. (Surah al-Anbiya, ayat 87). Malah Rasulullah s.a.w sendiri diingatkan oleh Allah s.w.t akan bahaya sifat marah. Allah bersabda, “Janganlah engkau menjadi seperti Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan besar,” (Surah al-Qalam, ayat 47).
Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati.
Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riawayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).


  • TAMAK

Sifat tamak adalah ekoran daripada keinginan yang sangat berlebihan yakni di luar batas kewajaran dan kemampuan. Bak ungkapan orang arif dan cerdik pandai, “Ukurlah kemampuan anda dan berusahalah untuk meraih keinginan. Ketahuilah batas anda dan jangan melampaui batas. Terimalah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kamu dan syukurilah anugerah itu.”
Tidak dinafikan bahawa keinginan yang berlebihan untuk mendapatkan sesuatu adalah sifat azali yang sudah tertanam dalam diri manusia. Nabi Muhammad pun memiliki sifat itu. Baginda berkeinginan agar seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t.
Keinginan Rasulullah s.a.w itu diingatkan oleh Allah s.w.t bahawa beliau hanya berkewajipan menyampaikan ajakan dan risalah Allah s.w.t dan bukan menjadikan mereka beriman seperti dalam sabda, “Engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau cintai tetapi Allah s.w.t yang memberi petunjuk siapa yang dikehendakiNya.” (Surah al-Qasas ayat 56).
Perasaan keinginan nafsu yang melampaui batas adalah pintu masuk syaitan ke dalam jiwa manusia. Segala jalan akan ditempuh dengan sedaya upaya untuk memuaskan keinginan yang belum pasti diraih meskipun ia bertentangan dengan hati dan ajaran agama.
Akibat daripada sifat itu, seseorang manusia akan bangga dan merasa puas apabila berhasil memiliki sesuatu yang dimiliki oleh orang lain dan tidak pernah merasa senang dan puas melihat kelebihan dan kejayaan kawan apatah lagi lawannya.
Jiwa orang yang memiliki sifat itu sentiasa goncang dan tidak tenteram. Dia tidak pernah menikmati apa yang dimilikinya. Apa yang membahayakan ialah apabila keinginan nafsu adalah kuat tetapi kurang kemampuan untuk melakukannya.


  • TERGESA-GESA
Sudah menjadi lumrah bahawa setiap manusia ingin mendapatkan sesuatu yang diinginkannya dengan segera. Begitu juga sewaktu berdoa dengan harapan doa yang dipanjatkan akan segera dikabulkan oleh Allah s.w.t. Sifat ini adalah satu kelemahan manusia. Adakah tergesa-gesa sama dengan gerak cepat?
Sifat tergesa-gesa kerap terjadi akibat daripada satu tindakan. Kadang-kadang menyebabkan manusia menjalankan kewajipan asal menjadi sesuka hati dengan mengambil jalan pintas yang bertentangan dengan hukum. Bukankah banyak dosa yang terkumpul akibat kesilapan manusia disebabkan sifat tergesa-gesa?

Menghindari sifat ini tidak bermakna Allah s.w.t menggalakkan manusia bertindak lambat, menunda kerja hingga keesokan hari dan sebagainya. Sebaliknya ia bermaksud sebagai larangan melakukan sesuatu pekerjaan dengan tergesa-gesa sehingga tidak sesuai dan memenuhi ketentuan atau mengambil kesempatan dalam kesempitan. Rasulllah s.a.w. bersabda, “Tidak tergesa-gesa (berfikir matang) bersumber daripada Allah, dan tergesa-gesa bersumber daripada syaitan.” (Riwayat al-Baihaqi).

Kalau Like Silalah Klik...:)

Seram ke??:)

Dipinggir sebuah hutan. malam pekat tanpa sinaran bulan menambah rase seram sejuk.. kejauhan ada 3 ekor pontianak sedang bersantai di bawah pokok berembang... .

Pontianak1 : apa kata kite bertanding kehebatan?

Pontianak 2 & 3 : ok juga tu. apa pertandingannya?

Pontianak1 terbang sepantas jet dan menghilang.. 2 minit kemudian dia kembali dengan darah yg masih menitik di mulutnya... sambil menyeringai menampakkan taringnya yg tajam..

Pontianak1: korang nampak tak rumah hujung sana tu?

Pontianak 2 & 3: nampak...

Pontianak1: habis seisi keluarge seramai 15 orang aku hisap darahnya... hehe..

tiba tiba pontianak 2 meluru dengan sepantas peluru dan menghilang.. . 1 minit kemudian dia kembali dengan bajunya yang basah dengan darah.

pontianak2: korang tahu ada kampung dihujung kampung kan? habis satu kampung aku hisap darahnya...

pontianak1 : hebatlah kau....

ketika itu juga pontianak3 memecut sepantas kilat lebih laju dari 2 pontianak tadi membelah malam... 15 saat kemudian dia kembali dengan seluruh badan dan kepalanya berdarah....

pontianak1 : hebatlah kau. mesti satu bandar ko dah hisap darah nih...

pontianak3: er.. korang nampak tak pokok besar kat hujung sana tu?

pontianak 1 & 2: nampak.

pontianak3 : er... aku tak nampak

Kalau Like Silalah Klik...:)

Renungan Hari Ini...


  • Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  • Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
  • Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Kalau Like Silalah Klik...:)

Agungnya Rasulullah S.A.W


Nabi Muhammad Rasul pilihan ikutan umat akhir zaman,

Membawa Quran sebagai panduan,

Sunnahnya suri teladan sebagai ikutan,

Suasana jahiliah menjadi berubah,

Kepada kehidupan Islam amat indahnya,

Dan pimpinan berpandukan Al Quran,

Manusia yang kejam boleh beriman,

Perjuangan Rasul yang utama,

Mengenalkan Tuhan yang sebenar kepada manusia,

Tuhan yang Esa, Maha Pencipta lagi berkuasa,

Ramai manusia meninggalkan berhala,

Menggantikan Allah sebagai sebagai Tuhannya,

Mereka agungkan Allah,

Memuji, memuja dan mensucikan-Nya setiap masa,

Syariat yang dibawa mendisiplinkan manusia cara hidup mereka,

Menjadilah manusia yang rajin, cergas dan kuat bekerja,

Menyembah Allah untuk kekuatan jiwa,

Berbakti kepada manusia demi persaudaraan dan perpaduan,

Lahirlah keadilan di dalam kehidupan,

Tercetuslah kasih sayang di dalam pergaulan,

Manusia hidup macam satu keluarga dan satu ibu dan bapa,

Masya-Allah indahnya hidup di dalam kebahagiaan,

Bertolong bantu sentiasa ada,

Kemungkaran dan maksiat gejala masyarakat bersih di dalam pergaulan,

Manusia hidup aman damai bersih dari dosa dan noda,

Didikan Rasullulah di zaman Sahabat,

Akhlak mereka menjadi mulia,

Akhlak mereka laksana bunga-bunga,

Di taman yang indah amat meriah,

Melihat kehidupan Sahabat,

Sejuk mata, tenang jiwa bahagia dirasa,

Berduyun-duyunlah manusia bersama mereka,

Menyembah Allah yang Maha Esa,

Bersungguhmu wahai Rasulullah,

Namamu disebut setiap masa oleh semua bangsa,

Namamu dikampilkan bersama dengan nama Allah yang Maha Esa,

Patutlah Allah, para malaikat dan orang Islam menselawatkannya....

Kalau Like Silalah Klik...:)