Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

~ Kwn Baikku Dah Kawen ~



Alhamdulillah kwn baikku 'Nor Zaihan dan pasangannya Shah' sudah selamat disatukan dlm majlis yg cukup sederhana tp meriah pd 26/27 November 2010...Tahniah!!!!!! Aku doakan kalian sentiasa dirahmati Allah, berbahagia hingga akhir hayat dn memperoleh zuriat yg soleh & solehah...

Buat Zaihan, aku bersyukur kerana persahabatan kita kekal sampai arini...aku bertuah memilikimu sebagai teman rapatku..terima kasih han mnjadi temanku..kau pinjamkan bahumu tuk aku menangis, mndgr luahan hati & masalahku...aku gembira melihatmu bahagia bersama org yg tersayang...aku doakan kebahagiaan itu terus menjadi milikmu....

'Azaima' forever..:))
....Ain, Ayu, Nirma & Zaihan.....



Coretan Miss Ayu~~ merindui waktu persekolahan dlu..saat2 kita bersame...huhuhu


Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Alahai...Beruntungnya Menjadi Seorang Isteri ~

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia'.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis....Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

** Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


Sumber: www.petua.org

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Kekanda Adinda ~

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ MteSt ohh MteSt ~


Alhamdulillah aku akan menghadapi ujian MteST untuk KPLI-JQAF ( Bahasa Arab )....ni baru langkah pertama...xtahulah camne kn...hope okla soalan2 yg perlu aku jwb nnti...tbe2 rse cuak..yela lame xstdy n nk exam lak tu...huhuhu
Tahniah jugak buat kwn2 yg akn same2 menghadapi ujian MteST pd hari Sabtu ni...Aku doakan yang terbaik untuk kita semua...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita...
Aku xtau nk mulakan stdy camne...huhuhu,,,,Mengikut pengalaman kakak ku xperlula terlalu lurus dlm menjawab soalan nt, yang jawapan xlogiktu tulah jawapannyer...aii bleh lak cmtu..tp kakak ku sdh 4 kali kot ambik ujian MteST tu...barula ade rezeki masuk KPLI....ermmm ntahla...papepun aku sgtla berdebar2 n risau nk menghadapi exam nt....stdy tetap kena stdy ni....chayok2 semangat Ayu...hehehe
Aku cme mampu berusaha & bertawakal kpd Allah...
Syukur jugak venue untuk ujian tu di Sek Men Teknik Kemaman...yelah sgtla dekat, bleh dikatakan sebelah umahku je...hihihi. klako je rse....

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Amalan Di Bulan Zulhijjah ~

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah kita dh menghampiri Bulan Zulhijjah...dan bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah nanti...

Terdapat beberapa amalan yang boleh kita lakukan sepanjang Bulan Zulhijjah..Antaranya:-


v 1-8hb~~>

Sunat Berpuasa

v 8hb~~>

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

v 9hb~~>

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat di Arafah

Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji

Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

v 10hb (Hari Raya Haji)~~>

Solat Sunat Aidiladha

Membaca Takbir

Melakukan ibadah korban/ sedekah

v 11-13hb (Hari Tasyrik)~~>

Hidupkan malam dengan banyak beribadat

Takbir selepas setiap waktu solat fardu

v 30hb~~>

Membaca doa akhir tahun Hijrah

Membaca doa awal tahun Hijrah






Bingkisan Hati~~~> Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah disisi Allah, tetapi Allah kuatkan dia disisi manusia. Berjuang demi Allah. Bahagia hati walaupun payah kerana itulah jalan ke Syurga....

Kalau Like Silalah Klik...:)

~ Petua Cantik Cara Tradisional ~






Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....

Cantik pada pandangan saya ialah sesuatu yang menarik hati & perasaan untuk sentiasa melihatnya dan juga tanpa rasa jemu...saya yakin setiap insan dlm dunia ini sangat menyukai kecantikan..betulkan?? Yang ingin saya tekankan di sini adalah cantik itu satu perkataan yang menjadi keutamaan dalam diri wanita...Ya, saya sgt2 setuju kerana cantik & wanita bagaikan isi dengan kuku...Ini kerana kaum wanita @ hawa sanggup menghabiskan duit mereka untuk mendapatkan bentuk badan @ paras rupa yang menawan & sentiasa berseri-seri..Pada zaman yang kian pesat ini, pelbagai cara untuk kita kelihatan cantik seperti teknologi moden yang sering digunakan untuk mencantikkan diri secara dalaman @ luaran...Terujakan??

Tapi ingat ye kaum hawa jangan sampai membazir duit kita tu kerana terlampau mengejar keduniaan, cukuplah sekadar bersederhana sahaja...Xsalah untuk kelihatan cantik, tetapi jangan smpai tertipu n ditipu...Banyak kes-kes yang berlaku pd hari ni kn...smpaikan boleh membawa maut dek kerana ingin kurus dan sebagainya...Hrp2 kita semua dijauhkan dr perkara-perkara yang tidak diingini...

Sebenarnya, petua zaman dulu-dulu yang bukan sahaja menjimatkan wang tetapi mampu mencantikkan dalaman & luaran sekaligus...Percaya @ tidak??Tepuk dada tanya hati...:)

Saya sebagai seorang wanita, tentulah mahu sentiasa kelihatan cantik...Ada yg memberi pendapat cukuplah sekadar kita mengambil wuduk boleh menaikkan seri wajah kita secara semulajadi..itu salah satu kelebihan untuk umat islam seperti kita kn..

Mengikut pengalaman saya..ni kisah lama...saya pernah mengamalkan petua-petua dulu...ni gara-gara mahu langsing la ni...hehehe...saya pernah minum air asam jawa + perahan limau nipis untuk menurunkan berat badan...ternyata sangat berkesan...tapi tula bila dh terase kurus terus berhenti...huhuhu....Kawan2 blehla mencubanya...:) Tapi tula hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...InsyaAllah kalau kita bersungguh2 pasti akan mendatangkan hasil...Asalkan apa yang kita lakukan tidak mendatangkan
mudarat & masalah...


Saya inginlah berkongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan sekaligus menjimatkan budget kita..Petua - petuanya adalah:
  • Untuk menegangkan kulit muka, kita hanya perlu menggunakan putih telur yang disapu di muka...Cara ini umpama masker...Bintik2 hitam pun boleh berkurangan..
  • Untuk menghaluskan kulit, kita boleh mengamalkan minum air perahan epal, tomato & oren setiap hari...
  • Lendir daun bunga raya & lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.
  • Serbuk beras pulit @ beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut serta boleh memutihkan kulit wajah & badan.
  • Yang terakhir, amalkan makan makanan berulam untuk mengekalkan kejelitaan..Macam2 ulam yang kita boleh makan seperti daun cekur, ulam raja, daun selom, peria, dan banyak lagi yang boleh dijadikan santapan harian dalam menu kita.



Bingkisan Hati~~~~>
JAUH itu ada jarak yang terpisah,
JAUH itu ada rung yang memisah,
JAUH itu dua insan yang terpisah,
JAUH itu dua hati yang dipisah,
Namun JAUH itu ada rindu yang tak sudah...


Coretan Cik Ayu~~~>Sangat2 mengharapkan kehadiran 'si dia' disisi...Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk menempuh segala dugaan dari-Mu ya Allah...

Kalau Like Silalah Klik...:)