Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sekadar Lawak...



  • Anak kembar
Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu itu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.

  • Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

  • Nak Kaya?
Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik.
"Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu.
"Melaka," Kata Taufik.
"Turunkan pakcik di Muar sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu.
"Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor.
"Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik
"Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"
"Tak apa,pakcik. Terima kasih."
Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....

  • Telur dan Wang
Sejak lebih sepuluh tahun berumah tangga, Ruby memang mengesyaki suaminya ada menjalin hubungan dengan wanita lain, tetapi dia tidak pernah ada bukti.
Suatu hari Ruby membersihkan bilik tidur mereka dan ternampak satu kotak hitam yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia membuka kotak itu, di dalamnya mengandungi dua biji telur dan wang tunai berjumlah RM1500.00.
"Apa makna semua ini bang?" tanya Ruby kepada suaminya.
Wajah sisuami pucat dan panik .
"Biarlah abang berterus-terang, sebenarnya setiap kali abang ada kekasih, abang letak sebiji telur dalam kotak ini. Ia sebagai tanda penyesalan abang," katanya.
Ruby terdiam. Selepas lebih sepuluh tahun, suaminya hanya menyimpan dua biji telur. Hati Ruby tidak begitu kecewa.
"Habis, RM1500.00 ni apa pulak?" Ruby masih belum berpuas hati.
Suaminya sekali lagi panik.
"Sebenarnya, bila cukup satu dozen, abang jual telur itu dan duitnya abang simpan dalam kotak ini," katanya


Kalau Like Silalah Klik...:)

0 comments:

Post a Comment